Assalamulaikum.........setelah beberapa tahun menceburi bidang pemuatan inkubator ini pelbagai kaum pelanggan yang telah membeli inkubator dari saya. Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan dan galakkan kepada saya. Selain daripada itu ramai juga rakan-rakan yang sama-sama membuat inkubator sudi berkawan seperti Zali dari Melaka, Fariz dari Bukit Fraser, Pak Teh dari Bangi, Cili Putih dari Gemas dan beberapa orang lagi. Tujuan kami berkenalan tak lain dan tak bukan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi masalah untuk memperbaiki lagi inkubator yang kami hasilkan. Terima kasih kepada mereka ini.
Walau bagaimanapun terdapat juga pembuat inkubator yang agak sombong dan beranggapan bahawa hasil kerja dialah yang terbaik sekali seperti langsung tiada cacat celanya. Sedangkan ada beberapa pelanggan mereka yang menghantar kepada kami inkubator yang dibeli dari mereka untuk diperbaiki. Dalam blog mereka juga secara terang-terang mengatakan keburukan inkubator yang dihasilkan oleh orang lain. Sedarlah kepada semua, setiap kita ada kelemahan yang tersendiri, cukuplah kita menyatakan kebaikan inkubator yang kita hasilkan........tak perlulah memburukan hasil kerja orang lain. Biarlah pelanggan sendiri yang menilai hasil kerja kita.
Tanda kebesaran Allah yang Mencipta Alam Semesta ini
Beberapa inkubator yang telah sempat saya siapakan untuk pelanggan
Beberapa inkubator yang masih dalam pembuatan
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila berhubung terus dengan saya Amin 012-7648407
Assalamualaikum............sekarang ne saya dh menghasilkan model terbaru inkubator automatik yang boleh memuatkan sebanyak 130 biji telur ayam kampung. Menggunakan papan plawood tebal 12mm bertujuan supaya suhu sekitar tidak mempangaruhi suhu di dalam inkubator. Model ini lebih mesra pengguna dan saiz lebih kecil berbanding model sebelum ini. Berikut adalah maklumat mengenai model terbaru ini:
1. Menggunakan papan plywood tebal 12mm, saiz 28"X22"X14"
2. Boleh memuatkan telur sebanyak 130 biji.
3. Menggolekkan telur sebanyak 6 kali sehari (boleh diubah mengikut kehendak pelanggan).
4. Tray telur boleh dibuka dengan mudah bagi tujuan mencuci.
5. Anak ayam boleh menetas terus diatas tray, telur tidak perlu dipindahkan.
6. Anak ayam tidak akan jatuh ke bawah bagi mengelakkan daripada anak ayam cacat.
7. Anak ayam yang dah menatas boleh diletakkan di bahagian bawah, sebagai brooder.
8. Disertakan thermometer digital bagi memudahkan pemantauan suhu.
9. Menggunakan thermostat rainbow. (boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan)
10. Menggunakan jaring plastik dan rod s/steel bagi menggelakan daripada berkarat.
11. Harga RM1100.00
Video Inkubator Automatik
Pandangan dari luar
Pandangan bahagian dalam
Tray boleh dibuka dengan mudah
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Amin 012-7648407
Berikut adalah gambar produk untuk tempahan. Tempahan akan siap dalam masa 2 ke 4 minggu bergantung kepada stok bahan. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan saya Amin 012-7648407
Modul untuk pemusing telur automatik untuk inkubator telah siap dan sedia menerima tempahan. Berikut adalah gambar modul pemusing telur yg telah siap sepenuhnya.
Gambar keseluruhan modul pemusing telur automatik
Timer boleh dilaraskan mengikut kemahuan pengguna.
Kepada sesiapa yg berminat boleh buat sendiri modul ne, semua kompnen dan litar telah saya sertakan dibawah. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada saya di 012-7648407 Amin.
Setelah dua hari sibuk membuat penghantaran lembu dan kambing kepada para pelanggan maka hari ini bermulalah penyembelihan korban dan aqiqah di Kijang Kota Trading. Hari ne selapas menunaikan sembahayang sunat aidiladha sebanyak 15 ekor lembu dan 34 ekor kambing telah disembelih untuk tujuan korban dan aqiqah. Esok tidak kurang dari 17 ekor lembu dan beberapa ekor kambing lagi akan dikorbankan. Terima kepada pelanggan yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami selama ini.
Operasi untuk korban telah bermula. Lama betul sejak lepas raya ni x menulis dalam blog ne. Masa bulan puasa aritu sibuk dengan berniaga juadah puasa, lepas raya ni sibuk lak dengan operasi lembu ngan kambing untuk tujuan korban dan aqiaqh. Kami juga menyediakan khidmat korban / aqiqah berkumpulan secara online. Maklumat lanjut layari http://www.aqiqahnasional.com atau hubungi saya 012-7648407 / Abang Aji 019-3714434 / datang terus ke ladang yang terletak di Desa Mahkota Bangi Selangor. Nampaknya tertangguh lagi lh projek menyiapkan inkubator yang saya buat sebelum ne. Ayam pun dh mula banyak yang bertelur, nampaknya ada ibu ayam tu yang kena eram sendiri kerana inkubator yang saya ada dah penuh.
Sebahagian lembu sedia untuk dikorbankan.
Menunggu masa untuk dihantar kepada pelangan-pelangan.
Abang Aji dengan pekerja sedang memberi makan lembu.
Kandang kambing untuk tujuan aqiqah.
Inkubator yang dah hampir penuh.
Dh x bolah isi lagi....tunggu lh inkubator buatan sendiri siap.
Anak ayam yang dah selamat menetas.
Anak-anak itik.....masih kecil comelkn.
Takung tempat pengeraman ibu-ibu ayam.
Ni lh masalahnya kalau suruh mengeram sendiri.
Ayam ngan itik sedang leka makan.
Penjantan yang ganas.
Burung pun tumpang sekali makan.
Ayam serama yang dh terkacuk ngan ayam kampung ( sekampung )
Dah siap pun projek litar limit suis yang saya buat. Fungsi Litar limit suis ini ialah untuk memberhentikan pusingan telur apabila rak telur sampai ke sebelah kiri atau kanan. Motor akan berhenti dengan sendirinya apabila rak telur bregerak dan melanggar limit suis yang akan saya letakkan di sebelah kiri dan kanan inkubator. Saya telah gabungkan sekali litar limit suis ini dengan litar bekalan kuasa bagi menjimatkan ruang. Berikut juga saya tunjukkan komponen2 yang saya gunakan.......kebanyakkannya made in Japan. Walaupun harganya agak mahal tapi ianya tahan lama dan berbaloi-baloi.
Hasil gabungan litar limit suis dan litar bekalan kuasa DC.
Relay 240VAC
Limit suis
Motor 12VDC
Semua litar kawalan telah siap sepenuhnya. Sekarang ne proses membina kotak sedang giat dijalankan. Sama-sama kita tunggu hasilnya nanti.