Inkubator Automatik 130 biji telur

     Assalamualaikum............sekarang ne saya dh menghasilkan model terbaru inkubator automatik yang boleh memuatkan sebanyak 130 biji telur ayam kampung. Model ini lebih mesra pengguna dan saiz lebih kecil berbanding model sebelum ini. Berikut adalah maklumat mengenai model terbaru ini:

1.   Menggunakan papan plywood tebal 12mm, saiz 28"X22"X14"
2.   Boleh memuatkan telur sebanyak 130 biji.
3.   Menggolekkan telur sebanyak 6 kali sehari (boleh diubah mengikut kehendak pelanggan).
4.   Tray telur boleh dibuka dengan mudah bagi tujuan mencuci.
5.   Anak ayam boleh menetas terus diatas tray, telur tidak perlu dipindahkan.
6.   Anak ayam tidak akan jatuh ke bawah bagi mengelakkan daripada anak  ayam cacat.
7.   Anak ayam yang dah menatas boleh diletakkan di bahagian bawah, sebagai brooder.
8.   Disertakan thermometer digital bagi memudahkan pemantauan suhu.
9.   Menggunakan thermostat rainbow. (boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan)
10. Menggunakan jaring plastik bagi menggelakan daripada berkarat.
11. Harga RM1100.00

Video Inkubator Automatik

Pandangan dari luar

Pandangan bahagian dalam

Tray boleh dibuka dengan mudah
     Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Amin 012-7648407

Produk Untuk Tempahan

Berikut adalah gambar produk untuk tempahan. Tempahan akan siap dalam masa 2 ke 4 minggu bergantung kepada stok bahan. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan saya Amin 012-7648407

Inkubator Automatik


Inkubator Automatik
Ruang tray telur dan sistem berasingan.




Brooder
Kapasiti 50-60 ekor anak ayam RM350





Tray tempat pembuangan najis anak ayam
Najis perlu dibuang setiap hari



Brooder
Kapasiti 120-150 ekor anak ayam RM650




Tray tempat pembuangan najis anak ayam
Najis perlu dibuang setiap hari



Brooder
Kapasiti 120 ekor anak ayam mempunyai 2 bahagian



Sistem dan gear automatik
Harga RM500


Sistem automatik berserta 'timer'
Harga RM305


Sistem pemusing telur automatik untuk inkubator

         Modul untuk pemusing telur automatik untuk inkubator telah siap dan sedia menerima tempahan. Berikut adalah gambar modul pemusing telur yg telah siap sepenuhnya.
Gambar keseluruhan modul pemusing telur automatik


Timer boleh dilaraskan mengikut kemahuan pengguna.

        Kepada sesiapa yg berminat boleh buat sendiri modul ne, semua kompnen dan litar telah  saya sertakan dibawah. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada saya di 012-7648407 Amin.

Selamat Hari Raya Aidiladha

     Setelah dua hari sibuk membuat penghantaran lembu dan kambing kepada para pelanggan maka hari ini bermulalah penyembelihan korban dan aqiqah di Kijang Kota Trading. Hari ne selapas menunaikan sembahayang sunat aidiladha sebanyak 15 ekor lembu dan 34 ekor kambing telah disembelih untuk tujuan korban dan aqiqah. Esok tidak kurang dari 17 ekor lembu dan beberapa ekor kambing lagi akan dikorbankan. Terima kepada pelanggan yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami selama ini.


IBADAH KORBAN DAN AQIQAH SECARA BERKELOMPOK

Operasi untuk korban telah bermula. Lama betul sejak lepas raya ni x menulis dalam blog ne. Masa bulan puasa aritu sibuk dengan berniaga juadah puasa, lepas raya ni sibuk lak dengan operasi lembu ngan kambing untuk tujuan korban dan aqiaqh. Kami juga menyediakan khidmat korban / aqiqah berkumpulan secara online. Maklumat lanjut layari http://www.aqiqahnasional.com atau hubungi saya 012-7648407 / Abang Aji 019-3714434  / datang terus ke ladang yang terletak di Desa Mahkota Bangi Selangor. Nampaknya tertangguh lagi lh projek menyiapkan inkubator yang saya buat sebelum ne. Ayam pun dh mula banyak yang bertelur, nampaknya ada ibu ayam tu yang kena eram sendiri kerana inkubator yang saya ada dah penuh.


Sebahagian lembu sedia untuk dikorbankan.

Menunggu masa untuk dihantar kepada pelangan-pelangan.

Abang Aji dengan pekerja sedang memberi makan lembu.

Kandang kambing untuk tujuan aqiqah.

Inkubator yang dah hampir penuh.

Dh x bolah isi lagi....tunggu lh inkubator buatan sendiri siap.

Anak ayam yang dah selamat menetas.

Anak-anak itik.....masih kecil comelkn.

Takung tempat pengeraman ibu-ibu ayam.

Ni lh masalahnya kalau suruh mengeram sendiri.

Ayam ngan itik sedang leka makan.

Penjantan yang ganas.

Burung pun tumpang sekali makan.

Ayam serama yang dh terkacuk ngan ayam kampung ( sekampung )

Litar penghad (limit suis) & Komponennya

Dah siap pun projek litar limit suis yang saya buat. Fungsi Litar limit suis ini ialah untuk memberhentikan pusingan telur apabila rak telur sampai ke sebelah kiri atau kanan. Motor akan berhenti dengan sendirinya apabila rak telur bregerak dan melanggar limit suis yang akan saya letakkan di sebelah kiri dan kanan inkubator. Saya telah gabungkan sekali litar limit suis ini dengan litar bekalan kuasa bagi menjimatkan ruang. Berikut juga saya tunjukkan komponen2 yang saya gunakan.......kebanyakkannya made in Japan. Walaupun harganya agak mahal tapi ianya tahan lama dan berbaloi-baloi.




Hasil gabungan litar limit suis dan litar bekalan kuasa DC.















Relay 240VAC















                                     Limit suis











Motor 12VDC













Semua litar kawalan telah siap sepenuhnya. Sekarang ne proses membina kotak sedang giat dijalankan. Sama-sama kita tunggu hasilnya nanti.

Litar Bekalan Kuasa & Litar Penghad (limit suis)

Litar Bekalan Kuasa DC telah siap sepanuhnya. Apa yang saya buat pada litar bekalan kuasa ini ialah ianya mempunyai tiga keluaran iaitu 5V, 9V dan 12V. Tujuannya ialah untuk menukar kelajuan motor apabila memusingkan telur mengikut kehendak pengguna. Pada pendapat saya 9V adalah sesuai kerana ianya tidak terlalu laju dan tidak terlalu pelahan bagi mengelakkan telur rosak. Projek seterusnya ialah membina litar penghad (limit suis)bagi tujuan untuk memberhentikan motor apabila telah selasai memusingkan telur-telur yang kita eramakan nanti.







Inilah Bekalan Kuasa DC yang saya hasilkan yang mempunyai 3 keluaran iaitu 5V, 9 v dan 12 V.








Ini ialah merupakan litar penghad (limit suis) bertujuan memberhentikan motor ketika memusing telur yang kita eramkan nanti.







Sekarang ne saya dalam proses mendapatkan komponen di atas dan seterusnya membina litar tersebut. Bila dah siap nanti saya akan tunjukkan disini........sama-sama kita tunggu hasilnya nati.

Mesin Penetasan Telur Ayam Kampong

Sekarang ne saya sedang dlm proses menyiapkan litar elektronik untuk membina Mesin Penetasan Telur Ayam Automatik. Oleh kerana telur ayam pun dah mula banyak saya cuba untuk membuat sendiri  'Incubator Automatic' sebab nak beli yang automatik harganya agak mahal. Nak beli yang manual, masalahnya kekadang terlupa nak pusing-pusingkan telur-telur tu. Apa salahnya saya cuba buat sendiri menggunakan kapakaran yang saya ada. Selain dapat menjimatkan kos boleh leh saya berkongsi maklumat kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Berikut ini adalah beberapa komponen untuk membuat Bekalan Kuasa DC





Beberapa komponen yang saya perlukan untuk membina Bekalan Arus Terus (DC)












Tranfomer ( Pengubah )
- Berfungsi merendahkan voltan AC dari 240V kepada 12V / 24V








Rectifier ( Penerus )
- Menukarkan voltan ulangalik (AC) ke voltan arus terus (AU)








Capasitor ( Pemuat )
Menjadikan Voltan AT tulin, tanpa riak.










Pengatur Voltan )
-Menetapkan voltan keluaran mengikut apa yang kita kehendaki.







Berikut adalah beberapa peralatan yang saya gunakan.




Cuter
-Memotong kaki komponen dan kabel.

Long Nose Plier
-Membengkokkan kaki komponen.








Wire Striper
-Memotong kabel dan mebuang getah kabel.










Sucker
-Menyedut timah untuk mencabut komponen.










Solder Wire
-Digunakan untuk memateri kaki komponen.










Soldering Iron
-Digunakan untuk memcairkan solder wire bagi tujuan memateri kaki komponen.