Pelanggan Yang Dihormati

    Assalamulaikum.........setelah beberapa tahun menceburi bidang pemuatan inkubator ini pelbagai kaum pelanggan yang telah membeli inkubator dari saya. Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan dan galakkan kepada saya. Selain daripada itu ramai juga rakan-rakan yang sama-sama membuat inkubator sudi berkawan seperti Zali dari Melaka, Fariz dari Bukit Fraser, Pak Teh dari Bangi, Cili Putih dari Gemas dan beberapa orang lagi. Tujuan kami berkenalan tak  lain dan tak bukan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi masalah untuk memperbaiki lagi inkubator yang kami  hasilkan. Terima kasih kepada mereka ini.
     Walau bagaimanapun terdapat juga pembuat inkubator yang agak sombong dan beranggapan bahawa hasil kerja dialah yang terbaik sekali seperti langsung tiada cacat celanya. Sedangkan ada beberapa pelanggan mereka yang menghantar kepada kami inkubator yang dibeli dari mereka untuk diperbaiki. Dalam blog mereka juga secara terang-terang mengatakan keburukan inkubator yang dihasilkan  oleh orang lain. Sedarlah kepada semua, setiap kita ada kelemahan yang tersendiri, cukuplah kita menyatakan kebaikan inkubator yang kita hasilkan........tak perlulah memburukan hasil kerja orang lain. Biarlah pelanggan sendiri yang menilai hasil kerja kita.

Tanda kebesaran Allah yang Mencipta Alam Semesta ini

Beberapa inkubator yang telah sempat saya siapakan untuk pelanggan


Beberapa inkubator yang masih dalam pembuatan


    Sebarang pertanyaan atau tempahan sila berhubung terus dengan saya Amin 012-7648407