Pelanggan Yang Dihormati

    Assalamulaikum.........setelah beberapa tahun menceburi bidang pemuatan inkubator ini pelbagai kaum pelanggan yang telah membeli inkubator dari saya. Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi sokongan dan galakkan kepada saya. Selain daripada itu ramai juga rakan-rakan yang sama-sama membuat inkubator sudi berkawan seperti Zali dari Melaka, Fariz dari Bukit Fraser, Pak Teh dari Bangi, Cili Putih dari Gemas dan beberapa orang lagi. Tujuan kami berkenalan tak  lain dan tak bukan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi masalah untuk memperbaiki lagi inkubator yang kami  hasilkan. Terima kasih kepada mereka ini.
     Walau bagaimanapun terdapat juga pembuat inkubator yang agak sombong dan beranggapan bahawa hasil kerja dialah yang terbaik sekali seperti langsung tiada cacat celanya. Sedangkan ada beberapa pelanggan mereka yang menghantar kepada kami inkubator yang dibeli dari mereka untuk diperbaiki. Dalam blog mereka juga secara terang-terang mengatakan keburukan inkubator yang dihasilkan  oleh orang lain. Sedarlah kepada semua, setiap kita ada kelemahan yang tersendiri, cukuplah kita menyatakan kebaikan inkubator yang kita hasilkan........tak perlulah memburukan hasil kerja orang lain. Biarlah pelanggan sendiri yang menilai hasil kerja kita.

Tanda kebesaran Allah yang Mencipta Alam Semesta ini

Beberapa inkubator yang telah sempat saya siapakan untuk pelanggan


Beberapa inkubator yang masih dalam pembuatan


    Sebarang pertanyaan atau tempahan sila berhubung terus dengan saya Amin 012-7648407

Inkubator Automatik 130 biji telur

     Assalamualaikum............sekarang ne saya dh menghasilkan model terbaru inkubator automatik yang boleh memuatkan sebanyak 130 biji telur ayam kampung. Menggunakan papan plawood tebal 12mm bertujuan supaya suhu sekitar tidak mempangaruhi suhu di dalam inkubator. Model ini lebih mesra pengguna dan saiz lebih kecil berbanding model sebelum ini. Berikut adalah maklumat mengenai model terbaru ini:

1.   Menggunakan papan plywood tebal 12mm, saiz 28"X22"X14"
2.   Boleh memuatkan telur sebanyak 130 biji.
3.   Menggolekkan telur sebanyak 6 kali sehari (boleh diubah mengikut kehendak pelanggan).
4.   Tray telur boleh dibuka dengan mudah bagi tujuan mencuci.
5.   Anak ayam boleh menetas terus diatas tray, telur tidak perlu dipindahkan.
6.   Anak ayam tidak akan jatuh ke bawah bagi mengelakkan daripada anak  ayam cacat.
7.   Anak ayam yang dah menatas boleh diletakkan di bahagian bawah, sebagai brooder.
8.   Disertakan thermometer digital bagi memudahkan pemantauan suhu.
9.   Menggunakan thermostat rainbow. (boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan)
10. Menggunakan jaring plastik dan rod s/steel bagi menggelakan daripada berkarat.
11. Harga RM1100.00

Video Inkubator Automatik

Pandangan dari luar

Pandangan bahagian dalam

Tray boleh dibuka dengan mudah
     Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Amin 012-7648407