Litar penghad (limit suis) & Komponennya

Dah siap pun projek litar limit suis yang saya buat. Fungsi Litar limit suis ini ialah untuk memberhentikan pusingan telur apabila rak telur sampai ke sebelah kiri atau kanan. Motor akan berhenti dengan sendirinya apabila rak telur bregerak dan melanggar limit suis yang akan saya letakkan di sebelah kiri dan kanan inkubator. Saya telah gabungkan sekali litar limit suis ini dengan litar bekalan kuasa bagi menjimatkan ruang. Berikut juga saya tunjukkan komponen2 yang saya gunakan.......kebanyakkannya made in Japan. Walaupun harganya agak mahal tapi ianya tahan lama dan berbaloi-baloi.




Hasil gabungan litar limit suis dan litar bekalan kuasa DC.















Relay 240VAC















                                     Limit suis











Motor 12VDC













Semua litar kawalan telah siap sepenuhnya. Sekarang ne proses membina kotak sedang giat dijalankan. Sama-sama kita tunggu hasilnya nanti.

Litar Bekalan Kuasa & Litar Penghad (limit suis)

Litar Bekalan Kuasa DC telah siap sepanuhnya. Apa yang saya buat pada litar bekalan kuasa ini ialah ianya mempunyai tiga keluaran iaitu 5V, 9V dan 12V. Tujuannya ialah untuk menukar kelajuan motor apabila memusingkan telur mengikut kehendak pengguna. Pada pendapat saya 9V adalah sesuai kerana ianya tidak terlalu laju dan tidak terlalu pelahan bagi mengelakkan telur rosak. Projek seterusnya ialah membina litar penghad (limit suis)bagi tujuan untuk memberhentikan motor apabila telah selasai memusingkan telur-telur yang kita eramakan nanti.







Inilah Bekalan Kuasa DC yang saya hasilkan yang mempunyai 3 keluaran iaitu 5V, 9 v dan 12 V.








Ini ialah merupakan litar penghad (limit suis) bertujuan memberhentikan motor ketika memusing telur yang kita eramkan nanti.







Sekarang ne saya dalam proses mendapatkan komponen di atas dan seterusnya membina litar tersebut. Bila dah siap nanti saya akan tunjukkan disini........sama-sama kita tunggu hasilnya nati.

Mesin Penetasan Telur Ayam Kampong

Sekarang ne saya sedang dlm proses menyiapkan litar elektronik untuk membina Mesin Penetasan Telur Ayam Automatik. Oleh kerana telur ayam pun dah mula banyak saya cuba untuk membuat sendiri  'Incubator Automatic' sebab nak beli yang automatik harganya agak mahal. Nak beli yang manual, masalahnya kekadang terlupa nak pusing-pusingkan telur-telur tu. Apa salahnya saya cuba buat sendiri menggunakan kapakaran yang saya ada. Selain dapat menjimatkan kos boleh leh saya berkongsi maklumat kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Berikut ini adalah beberapa komponen untuk membuat Bekalan Kuasa DC





Beberapa komponen yang saya perlukan untuk membina Bekalan Arus Terus (DC)












Tranfomer ( Pengubah )
- Berfungsi merendahkan voltan AC dari 240V kepada 12V / 24V








Rectifier ( Penerus )
- Menukarkan voltan ulangalik (AC) ke voltan arus terus (AU)








Capasitor ( Pemuat )
Menjadikan Voltan AT tulin, tanpa riak.










Pengatur Voltan )
-Menetapkan voltan keluaran mengikut apa yang kita kehendaki.







Berikut adalah beberapa peralatan yang saya gunakan.




Cuter
-Memotong kaki komponen dan kabel.

Long Nose Plier
-Membengkokkan kaki komponen.








Wire Striper
-Memotong kabel dan mebuang getah kabel.










Sucker
-Menyedut timah untuk mencabut komponen.










Solder Wire
-Digunakan untuk memateri kaki komponen.










Soldering Iron
-Digunakan untuk memcairkan solder wire bagi tujuan memateri kaki komponen.





LEMBU, KAMBING, AYAM, ITIK DAN ANGSA

Di bawah ini terdapat beberapa keping gambar reban ayam kampung dan lembu saya yang diuruskan sepenuh masa oleh abg saya bersama anaknya bernama Bilal yang terletak di Desa Mahkota Bangi. Atau boleh layari web: http://www.lembukambing.com/

Anak buah saya Hadif bersama lembu kesayangannya.


Reban ayam saya.


Reban itik & angsa.


Tempat asuhan anak-anak ayam.


Incubator automatik yang saya gunakan.

Oleh kerana sekarang dah mula banyak ayam yang bertelur maka kini saya sedang dalam proses membuat sendiri incubator manual dan incubator automatik yang lebih mesra pengguna dengan harga yang mampu dimiliki oleh pengguna. Nak beli lagi rasa2 buat masa ne belum mampu lagi kerana harganya yang mahal. Tunggu dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu lagi.........insyaallah.

KELUARGA SAYA

Berikut adalah beberapa keping gambar keluarga saya. Salam perkenalan dari kami sekeluarga.

Ini lh gambar saya,tak hensem tapi macho.


Isteri tercinta, Azlina bt md Salleh dengan anak Nur Aqilah.


Nur Fahimah, Nur Afiqah dan Muhammad Thaqif.


Nur Aqilah baru belajar merangkak.

AYAM KAMPUNG JAWA

Selamat datang ke blog saya "ayam kampung jawa". Harapan saya semoga dengan terhasilnya blog ini maka dapatlah kita berkongsi maklumat mengenai ayam kampung yang mempunyai pengemarnya yang tersendiri. Saya Mohd Sarmin bin Mansot dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung yang dibernama Kg Tiong Baru, 84700 Gersik dalam daerah Muar dalam negeri Johor Darul Takzim. Saya telah berkahwin dengan Azlina binti Md.Salleh yang berasal dari Kg Jawa, Panchor Muar Johor Darul Takzim pada 27/06/1998 dan telah dikurniakan seramai 4 orang cahayamata. Yang sulung bernama Nur Fahimah berumur 11 tahun, ke-2 bernama Nur Afiqah berumur 9 tahun, ke-3 bernama Muhammad Thaqif berumur 7 tahun dan yang ke-4 bernama Nur Aqilah berumur 9 bulan.

Akibat daripada saya dilahirkan dan dibesarkan di persekitaran kampung, maka minat membela haiwan telah berputik semenjak saya kanak-kanak lagi terutamanya ayam kampung, burung dan itik. Setiap kali balik dari sekolah, reban dibelakang rumah adalah tempat permainan saya. Saya sangat berminat mengikuti perkembangan anak-anak ayam kampung semenjak ia menetas sehinggalah ia membasar. Pernah satu ketika dulu saya menangis kerana bapa saya telah menjual ayam kesayangan saya kepada seoarang apek di Pekan Gersik.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. Sekian terima kasih dan selamat maju jaya. Wassalam........